YE, itulah yang tengah melanda diriku ini sekarang ini. kenapa aku begitu tertekan? mana taknya, sekarang aku taktau apa status aku dengan Mr. A, pastu ditambahnya pula family yang tak paham dengan keadaan aku.
yup, memang family aku tak tahu kisah aku dengan Mr. A. aku tak tahu nak mula macam mana dan haruskah aku ceritakan masalah yang tak tahu lagi keputusannya? ARGHHHHHHH! aku pun tak pasti. jadi tension bila duk fikir-fikir tapi takde penghabisan. sebab tu lah sekarang aku cuba menghiburkan hati yang lara ini dengan melepak bersama kawan-kawan. sampai kadang-kadang tu, aku bermalam rumah kawan. tapi tu lah, family aku tak paham. dorang ingat aku ni merayau ke tempat lain. nak explain? ntahh. taktau camne nak explainkan kat dorang. tapi memang bertambah tension aku dibuatnya. terasa langsung takde kebebasan dalam diri. aku dah besar panjang kot, tp treat like me mcm budak 8thn. kadang-kadang tu, aku nak juga enjoy on weekends. yela, dah penat bekerja on weekdays kan.kata remaja, takkan nak duduk rumah je kot?
bila dah tekanan macam ni, taktau nak luahkan pada siapa. nak luahkan pada Mr A? ouh, tak mungkinlah. sebab dia kan sangat sangat sangat sibuk. keadaan kami dengan dulu sangat lain. kalau die dulu sangat sangat mengambil berat, sekarang tidak. malahan nak call cari aku pun dah tak. kalau aku hilang pun die taktau agaknya. alasan yang selalu die bagi bila ditanya kenapa tak call, tak cukup kredit. hurmmm, penah gak aku belikan die topup. nak kata selalu call? takde pun. msg je. tapi boleh habis? aku tak kata dan taknak fikir yang die ade orang lain. tp mane pegi krdt tu? ARGHHHHHHHHH!!!!!! tension sangat! taktau nak buat apa, supaya die sedar. die selalu ckp die cari je aku. tp aku tak nampak pun missed called dari die. bukan berat pun aku minta, hanya satu panggilan sudah memadai. kalau dulu die penah cakap dalam sehari mesti die akan call aku 2,3kali tapi skrg? cukuplah kalo sebelum tido, die membuat panggilan pada ku. tak suruh cakap berjam-jam pun. seminit pun memadai sbb aku tau Mr. A sangat sibuk dan takde masa nak bercinta dengan aku macam dulu. ntahlahh. aku taktau mane silap. dan dimana silapnya.
oklah! kita sambung lagi nanti.
belog ini adalah kepunyaan saya untuk saya meluahkan segala isi hati saya yang tersirat ini.
Thursday, 7 July 2011
Wednesday, 6 July 2011
Bermulalah kisah ku
![]() |
| gambar ini sumber dari Google.com |
saya mengenali jejaka yang sudah memaut hati sejak 6 thn yang lepas lagi. biarlah ku gelar kan beliau dengan gelaran Mr. A. kami kenal sejak di bangku sekolah lagi. bermula dengan sebagai kawan saja dan akhirnya menjadi pasangan kekasih. sepanjang menjadi kawan dan beralih arah menjadi pasangan kekasih, pelbagai dugaan yang kami tempuh. dengan orang sekeliling yang seperti cemburu dengan pertalian yang baru hendak kami bina itu. tapi kami tak kisah. dan akhirnya kami berpasangan. memang betullah orang kata, cinta hanya indah di awalan usia. lama-lama masing-masing seperti mahu berpidato. dan jenis Mr. A ni ialah seorang yang suka memunahkan harta benda. tak kisah la depan mata dia ada hp ke laptop ke apa saja dia akan musnahkan.
cerita lanjut akan ku cerita di kelak. masalahnya sekarang saya alami ialah, dia seakan-akan berubah sikap terhadap ku. tak pasti mengapa dan susah untuk memastikan. tapi benda ni berlaku sejak-sejak Mr. A mula sibuk dengan kerja. ditambahnya dia baru saja membuka cawangan baru untuk perniagaannya. bukan tak paham dengan kesibukkannya. tapi takkan la sampai nak tutup mata pun sibuk? apa yang ku harapkan hanyalah satu panggilan telefon setiap malam sebelum tidur. HANYA ITU SAJA. dan disebabkan itu, aku mula menjauhi diri ini dari Mr. A. bukan sengaja, tapi dah tak terlarat menanggung kesakitan. hampir setiap malam aku menangis sebab dia.
agak-agak kenapa dia begitu sekarang? adakah dia mempunyai orang lain? atau sesuatu yang cuba dia sembunyikan? sebab sekarang aku rasa penerimaan keluarga Mr. A terhadap aku makin kurang. apa salahku?
ok, kita sambung lagi nanti.
TEKANANNNN!!!!!!
coming soon....
Tuesday, 5 July 2011
Kenapa?
kenapa saya terpanggil-panggil untuk menulis didalam belog ini? ini semua adalah kerana saya dah tak terhahan melayan perasaan saya ini, dah tak tertahan menanggung segala beban yang ada dalam kepala otak saya. nak diluahkan pun, tak semua manusia boleh kita luahkan. tak semua manusia yang kita anggap 'telinga' kita tu betul-betul boleh menadah telinga mereka untuk kita dan simpan 'telinga' itu dengan sebaik-baik mungkin? atau mereka akan membuang telinga itu? kita pun tak pasti.
so dengan cara inilah saya akan meluahkan isi hati. ye, saya mengaku. akan ramailah yang tahu masalah saya kelak. tapi adakah kamu semua tahu siapa saya? dan bukan semua cerita didalam ini 100% mengenai saya.
so dengan cara inilah saya akan meluahkan isi hati. ye, saya mengaku. akan ramailah yang tahu masalah saya kelak. tapi adakah kamu semua tahu siapa saya? dan bukan semua cerita didalam ini 100% mengenai saya.
Pertama Kali
ini adalah pertama kali saya jejak ke alam blog. tujuan saya bukan lah mau menjadi blogger terkenal, tujuan saya hanya ingin meluahkan perasaan :)
Subscribe to:
Posts (Atom)
