![]() |
| gambar ini sumber dari Google.com |
saya mengenali jejaka yang sudah memaut hati sejak 6 thn yang lepas lagi. biarlah ku gelar kan beliau dengan gelaran Mr. A. kami kenal sejak di bangku sekolah lagi. bermula dengan sebagai kawan saja dan akhirnya menjadi pasangan kekasih. sepanjang menjadi kawan dan beralih arah menjadi pasangan kekasih, pelbagai dugaan yang kami tempuh. dengan orang sekeliling yang seperti cemburu dengan pertalian yang baru hendak kami bina itu. tapi kami tak kisah. dan akhirnya kami berpasangan. memang betullah orang kata, cinta hanya indah di awalan usia. lama-lama masing-masing seperti mahu berpidato. dan jenis Mr. A ni ialah seorang yang suka memunahkan harta benda. tak kisah la depan mata dia ada hp ke laptop ke apa saja dia akan musnahkan.
cerita lanjut akan ku cerita di kelak. masalahnya sekarang saya alami ialah, dia seakan-akan berubah sikap terhadap ku. tak pasti mengapa dan susah untuk memastikan. tapi benda ni berlaku sejak-sejak Mr. A mula sibuk dengan kerja. ditambahnya dia baru saja membuka cawangan baru untuk perniagaannya. bukan tak paham dengan kesibukkannya. tapi takkan la sampai nak tutup mata pun sibuk? apa yang ku harapkan hanyalah satu panggilan telefon setiap malam sebelum tidur. HANYA ITU SAJA. dan disebabkan itu, aku mula menjauhi diri ini dari Mr. A. bukan sengaja, tapi dah tak terlarat menanggung kesakitan. hampir setiap malam aku menangis sebab dia.
agak-agak kenapa dia begitu sekarang? adakah dia mempunyai orang lain? atau sesuatu yang cuba dia sembunyikan? sebab sekarang aku rasa penerimaan keluarga Mr. A terhadap aku makin kurang. apa salahku?
ok, kita sambung lagi nanti.
TEKANANNNN!!!!!!
coming soon....

No comments:
Post a Comment